top of page

Nak Jadi Usahawan Perlu Diploma Ke?


Dalam artikel terdahulu kita pernah membincangkan kenapa perlu melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan. Dalam artikel kali ini saya ingin menark perhatian anda di luar sana tentang subjek yang sering juga diperkatakan, "kalau nak berniaga tak perlu bazirkan masa mengaji tinggi-tinggi, baik bermula awal lagi cepat kita maju, kalau belajar tinggi pon kena bermula dari bawah jugak."

Sebenarnya ada benarnya apa yang di ungkapkan, setiap perniagaan memang perlu bermula dari bawah, tapi ada sesiapa yang dapat menjelaskan maksud bermula dari bawah. Adakah ia sekadar bermula dari tiada apa-apa menjadi kaya raya. atau ada juga yang berkata dengan modal yang sedikit tapi dengan usaha dan kegigihan kita mampu Berjaya?

Kalau dilihat dari aspek modal, bagi pendapat saya adalah salah jika kita memandang modal adalah kewangan semata. Ilmu juga merupakan modal yang sangat berharga. Tanpa ilmu wang yang banyak juga akan habis tanpa sebarang manafaat diperoleh.

Mungkin ada juga yang menyatakan pada masa sekarang banyak bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk golongan yang mahu menceburi bidang perniagaan. Sebut sahaja TEKUN, MARA, PUNB, Tabung Ekonomi Belia pasti ramai yang tahu fungsinya. dan ramai juga yang akan berkata "Takde pon letak syarat kena ada diploma atau ijazah kalau nak memohon?".

Ini juga benar. Cuba teliti syaratnya. Cuma program siswazah sahaja yang meletakkan syarat hanya calon yang mempuyai sekurangnya diploma yang bergraduat untuk tempoh tertentu sahaja layak untuk memohon. Tetapi itu hanya untuk segelintir program sahaja. Banyak lagi program pembiayaan usahawan yang tak menyatakan perlu ada diploma atau Ijazah. Contohnya seperti Program PUNB- Prosper Pemborong, dan Program SPiKE MARA (sekadar menamakan beberapa program pembiayaan).

Tapi mari kita lihat kepada syarat-syarat utama yang perlu dipatuhi untuk program yang sedemikian:-

1) Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk terus maju.

2) Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

3) Mempunyai hasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan seperti jujur, berkeyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisiplin selain mempunyai kemahiran dalam komunikasi dan pengurusan.

4) Pemohon juga perlu menyediakan model perniagaan dan strategi perlaksanaan yang baik.

5) Pemohon juga perlu merancang strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan banyak lagi.

6) Pelan perniagaan itu perlu disertakan dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti ringkasan eksekutif, peluang perniagaan, strategi perniagaan dan petunjuk pencapaian, pelan pemasaran, pelan operasi, pengurusan kakitangan dan unjuran kewangan.

Jika diperhatikan kepada syarat di atas, secara umumnya program pembiayaan ini memerlukan para pemohon mempuyai rancangan yang rapi dan lengkap serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu.

Jadi, pada pendapat anda bagaimanakah kita mampu menyediakan kertas kerja yang diperlukan dengan sebaiknya bagi memastikan permohonan pembiayaan di luluskan. Bagi saya semua ini dapat diperoleh sekiranya kita mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam apa-apa juga bidang kerana sistem pengajian tinggi di Malaysia sudah diterapkan dengan nilai keusahawanan tidak kira apa juga bidang yang di pilih.

Kita mempunyai pendapat yang berbeza-beza, terpulang pada individu, tetapi setelah membaca artikel ini saya ingin pulangkan persoalan asalnya kepada para pembaca, nak jadi usahawan perlu Diploma ke?


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page