Pra-Uni Versus Diploma
Program Pra-Universiti merupakan program “fast track” untuk ke sarjana muda bagi lepasan SPM, ATAU biasanya kita terbiasa dengan gelaran maktrikulasi atau asasi/foundation. Walaupon istilah ini mempunyai syarat yang berbeza, kumpulan sasaran yang berbeza tapi matlamatnya adalah sama, iaitu untuk membantu pelajar melangkau tahap diploma terus ke sarjana muda. Tapi perlu di ingat sijil pra universiti tidak mempunyai nilai dalam mendapatkan pekerjaan, seharusnya para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda, kerana itulah tujuan utama pendidikan Pra U diwujudkan.
Diploma biasanya dirangka untuk tempoh 2 ke 3 tahun didalam bidang pengkhususan tertentu. Bidang yang ditawarkan tidak terhad, pelbagai bidang pengajian ditawarkan di IPTA dan IPTA. Setelah tamat pengajian graduan layak untuk mendapatkan pekerjaan yg sesuai dengan kelulusa. Risau sijil tak diiktiraf, seharusnya ia tidak menjadi kerisauan pada masa kini. Setiap institusi Awam atau Swasta yang berniat menawarkan program pengajian perlu mendapat perlesenan dari Kementerian Pengajian Tinggi serta mendapat kelulusan daripada MQA.
Jadi yang mana satu pilihan anda sebenarnya terpulang kepada anda sendiri, apa perancangan anda, teliti dan dapatkan pendapat dari sumber yang boleh dipercayai, penting jangan ikut kawan kawan kerana masa depan anda bukan di tangan kawan kawan, kesilapan dalam memilih bidang pengajian akan mendatangkan kesusahan di hari mendatang.