top of page

Lepas SPM Tak Nak Belajar!


Semua orang ada cita-cita, di zaman persekolahan lagi kita memasang impian bila dewasa nanti nak jadi Guru, Doktor, Polis dan sebagainya. Tamat sahaja persekolahan ramai kawan-kawan kita yang menyambung pengajian di IPT, demi mengejar cita-cita.

Namun hakikatnya ramai juga yang terhenti setakat SPM sahaja. Bukan kerana tidak layak atau tidak mampu tetapi penat nak belajar atau dalam erti kata lagi dah malas nak belajar lagi. Bagi mereka cukup dengan SPM sudah boleh melangkah ke alam pekerjaan.

Benar, tiada salahnya, tetapi kerja yang bagaimana? Tak kurang juga yang mengatakan tak perlu belajar tinggi pon boleh berjaya asalkan bekerja keras. Ini juga benar, tetapi sejauh manakah di usia semuda 18 tahun ini, kita memahami ungkapan "kerja keras".

Bekerja di usia yang mudah, atau bekerja 7 hari seminggu atau, bekerja tanpa mengira cuaca itu sudah memadai untuk dikira sebagai "kerja keras". Jika anda pasti inilah "kerja keras" maka sudah pasti rakyat Malaysia yang menjadi kaya raya.

Hakikatnya kerja keras di usia semuda ini belum mampu untuk menilai atau mementukan halatuju terbaik untuk diri sendiri. Walaupun ramai "BILLIONAIRE" yang tidak menamatkan pengajian di menara gading, tetapi mereka tidak menidakkan kepentingan ilmu. Mereka membanting tenaga sambil mengaut ilmu sepanjang perjalanan.

Adakah kita merasakan diri kita mempunyai semangat, keazaman, dan kebolehan seperti mereka. Jika anda merasa sedemikian bermakna anda berada dijalan yang salah. kerana anda hanya berangan-angan, dengan meletakkan diri anda setaraf dengan mereka.

Orang yang berjaya biasanya tidak meletakkan diri mereka setaraf degan orang yang telah lebih dahulu mencapai kejayaan, sebaliknya melipat gandakan usaha serta meletakkan mereka yang telah Berjaya sebagai sasaran. Menuntut ilmu adalah salah satu daripada caranya.

Bagi kita yang berpeluang dan berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi mengapa perlu melepaskan peluang yang ada. Menyambung pengajian bukanlah penghalang untuk bekerja. Sebaliknya mereka yang produktif dan berfikiran matang akan menjadikan pendidikan itu sebagai batu loncatan untuk berjaya.

Mereka yang berjaya mencari peluang bukan menanti peluang diberikan kepada mereka. Jadi, jika anda benar-benar mahu berjaya sahutlah cabaran yang ada di depan mata. Sebagai langkah pertama sahutlah cabaran di menara gading.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Informasi Khas untuk Lepasan Sekolah. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Round
bottom of page