10 Bidang yang Terjamin Peluang Pekerjaan dalam Tempoh 5 Tahun.
10 bidang yang terjamin peluang pekerjaan dalam tempoh 5 tahun.
Terdapat beribu-ribu program pengajian yang boleh anda pilih setelah tamat SPM. Tetapi, tidak semuanya mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan pekerjaan kelak. Berikut merupakan bidang yang menjanjikan peluang cerah selepas bergraduat. 1. Kejuruteraan
Merupakan bidang yang luas, setiap satunya mempunyai permintaan yang tinggi. Tetapi perlu di ingat untuk mendapat pekerjaan kemahiran dan pengetahuan yang sewajarnya diperlukan.
2. IT
Bidang ini sangat meluas, pengkhususan nya merangkumi bidang yang luas dafi pengaturcaraan, kepintaran artifisial dan pembelajaran.
3. Perakaunan
Merupakan yang memerlukan kemahiran bermain dengan nombor, dan salah satu bidang yang diperlukan di dunia perniagaan dalam variasi industri.
4. Bahasa dan Komunikasi
Meliputi banyak bidang seperti kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam dan perniagaan.
5. Telekomunikasi
Teknologi mudah alih adalah masa depan. Mobile technologies are the future. Masyarakat banyak menghabiskan masa dengan peranti mudah alih untuk menghantar dan menerima data melalui komunikasi satelit.
6. Perundangan
Pengamal undang-undang sangat diperlukan di dalam kebanyakkan industri. Terdapat berbagai disiplinbdi dalamnya seperti dalam bidang hartanah, kontrak dan hubungan industri.
7. Pemasaran
Walaupun jurujual datangnya dari pelbagai latar belakang, kelulusan dalam bidang pemasaran adalah digalakkan. Ia lebih daripada menilai gelagat pelanggan dan penjenamaan
8. Perubatan
Bidang perubatan merupakan bidang yang penting, kemahiran dalam bidang diperlukan dengan pertambahan drastik populasi.
9. Hospitaliti dan pelancongan
Dengan 60% tenaga kerja adalah dalam bidang hospitaliti dan pelancongan, permintaan untuk tenaga kerja mahir sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Tidak hairanlah semakin banyak program seperti ini ditawarkan.
10. Pendidikan
Selari dengan pertambahan penduduk dunia dan peningkatan taraf kehidupan, bidang pendidikan berkembang dengan pesat, justeru peluang pekerjaan sebagai pendidik tidak pernah mengecewakan.