top of page

Tips Mudah Belajar: Kenali diri anda


Biasa kita mendengar pakar motivasi atau, pelajar yang baru mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan memberikan tips terbaik untuk belajar.

Benar tiada salahnya apa yang di perkatakan mereka kerana teknik-teknik tersebut sememangnya berhasil, buktinya mereka sendiri. Tapi jangan di lupa manusia diciptakan berbeza beza.

Mungkin ada antara kita yang merungut mustahil kita mampu melakukan sama seperti mereka, misalnya bangun seawal jam empat pagi untuk mentelaah atau membuat latih tubi matematik selama 6 jam tanpa henti.

Mereka mampu melakukannya bukan sahaja kerana mereka termotivasi untuk melakukan perkara tersebut, malah sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Mungkin sukar untuk memaksakan diri kita yang tidak terbiasa untuk berbuat demikian.

Nasihat saya kenali diri anda terlebih dahulu, ketahui dimana kekuatan anda dan apa kelemahan anda, usah terikut-ikut, kerana melakukan sesuatu tanpa benar-benar memahaminya kebiasaannya akan terhenti separuh jalan.

Carilah perkara yang membuatkan anda seronok untuk belajar, dan biasakan diri untuk meletakkan sasaran, walaupun cita-cita tinggi melangit, tetapi memang mustahil untuk mencapainya sekelip mata, mulakan setapak demi setapak, jika bukit kecil pun belum terdaki manakan nak sampai gunung everest.

Setelah berjaya mencapai tahap pertama biasanya akan wujud keseronokan untuk mencapai tahap yang berikutnya. Selamat mencuba, jangan mudah menyerah kalah.


 
Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Informasi Khas untuk Lepasan Sekolah. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Round
bottom of page