top of page

Tips Mudah Belajar #2 : Fahami Tujuan Belajar


Teringat waktu di bangku persekolahan dahulu, ramai antara kita yang gemar menghafal apa yang dipelajari di kelas, lebih-lebih lagi sewaktu hampir dengan peperiksaan, ramai kawan-kawan yang membawa buku, membaca dan menghafal apa yang dibaca, saya tak terkecuali.

Adakah ini cara belajar yang terbaik? Mungkin? lihatlah apa yang kita peroleh. Tapi jika kita dalami apa tujuan kita belajar, adakah untuk peperiksaan semata-mata, atau untuk memajukan diri. Kita jawab sendiri apa yang kita inginkan.

Bagi saya belajar secara menghafal selalunya hanya untuk jangka masa pendek, kerana kita hanya mengingati apa yang dibaca tanpa mendalami isi atau mengkaji makna yang tersurat atau yang tersirat. Mungkin selepas tamat peperiksaan kita akan lupa apa yang dibaca.

Tetapi jika kita melihat pembelajaran yang kita ikuti ini adalah sesuatu yang berguna untuk masa hadapan sudah pasti kita akan berusaha untuk memahami inti pelajaran tersebut.

Betul untuk memahami apa yang sedang kita pelajari bukanlah sesuatu yang mudah, tapi bagi saya untuk menghafal 1000 patah perkataan secara tepat adalah jauh lebih sukar daripada memahami makna yang tersurat daripadanya. Natijahnya, jika kita mampu membongkar isinya sudah pasti intipatinya lebih mudah difahami, maksudnya ayat yang panjang berjela tadi mampu kita ringkaskan menjadi rumusan yang padat.

Walaubagaimanapun, ini amaran saya, tiada jalan mudah untuk melakukan sesuatu. Jika anda benar-benar mahu berjaya dalam pelajaran mulakan dari sekarang. Usah tunggu di hujung hari baru hendak bermula. Ayuh sahutlah cabaran. Semoga Berjaya!!!


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Informasi Khas untuk Lepasan Sekolah. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Round
bottom of page