top of page

Elakkan 3 Perkara ini dalam Memilih Pengajian di Universiti


#1 memilih pekerjaan yang anda fikir menjanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Hidup bukan sedakar duit,duit,dan duit. Dalam dunia materialistik, majoriti kita mula percaya bahawa duit boleh membawa kepada kebahagiaan. Menurut kajian, kekayaan bukanlah kunci kegembiraan. Dan apabila bercakap tentang duit, bukan berapa banyak yang kita miliki tetapi bagaimana kita membelanjakannya adalah lebih penting. Wang yang banyak jika dibelanjakan secara boros juga akan habis tanpa memberi sebarang manfaat.

#2 Mendaftar mengikut rakan-rakan.

Bagi para lepasan sekolah, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk memulakan fasa baru, iaitu kehidupan di kampus. Tetapi, ramai di kalangan kita yang tidak mahu berpisah dengan rakan karid semasa di sekolah. Selalunya kita akan memilih bidang atau tempat pengajian yang sama dengan rakan karib kita, walapaupon kita tidak begitu meminati atau memahami bidang yang bakal diikuti. Sikap sebegini selalunya membawa kepada masalah baru di masa hadapan. Seperti kesukaran untuk memahami pelajaran yang dipelajari atau lebih teruk lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana merasakan tidak bersesuaian dengan diri kita. Ayuh, buatlah pilihan sendiri, universiti adalah tempat untuk anda berdikari.

#3 Memenuhi permintaan Ibubapa

Selalu terjadi anak-anak hanya mengikut sahaja pilihan ibubapa, kerana mereka yang sedang dan bakal menanggung perbelanjaan kita. Seharus nya tidak begini perlu ada komunikasi dua hala. Bagi anak-anak mereka perlu memahami bahawa ibubapa memikirkan soal masa depan mereka, tentang perjalanan karier mereka setelah tamat pengajian nanti. Tetapi sekiranya anak-anak mempunya cadangan atau minat yang berbeza, kita haruslah mencuba untuk menyakinkan ibu bapa tentang pilihan kita. Buatlah, sedikit kajian mengenai bidang pilihan kita mengenai kelebihan atau keistemewaan nya dan juga bagaimana peluang kerjaya setelah bergraduat nanti.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Informasi Khas untuk Lepasan Sekolah. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Round
bottom of page